Jadi Penjamin Adik Kandung Sendiri, Penyudahnya Merana Diisytihar Bankrup! Jangan Ambil Mudah Soal ”Guarantor”

Jadi penjamin atau ”guarantor” memang boleh buatkan kehidupan seseorang itu musnah. Tetapi ramai yang terlalu mengambil mudah tentang perkara ini menyebabkan nama mereka dijadikan penjamin.

Mungkin ramai antara kita pernah buat kan, jadi penjamin untuk adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, tunang, pasangan atau ahli keluarga. Tanpa sedar, risiko yang ditanggung boleh menyebabkan seseorang itu jatuh muflis atau bankrap.

Kerana jadi penjamin ini juga ramai yang putus tali persaudaraan, putus persahabatan, hubungan adik beradik dan bermasam muka. Manakan tidak, bila si peminjam gagal membayar hutang, yang terpaksa menangung akibatnya juga penjamin.

Seorang pengguna twitter, zulhilmisb tampil berkongsi pengalaman beliau sewaktu bertugas di sebuah bank. Kes sebenar yang berlaku apabila abang menjadi penjamin kepada adik. Paling sedih, abang menjadi mangsa diisytiharkan bankrup disebabkan si adik yang gagal menjelaskan pinjamannya. Merana hidup, sesal pun tak berguna lagi.

Jom kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Apabila diminta untuk menjadi guarantor, tolaklah dengan cara baik walau apapun janji yang mereka taburkan pada anda. Lebih baik bermasa muka seketika dari kita hidup merana selamanya. Betul tak?

Datang dalam keadaan menangis..

Rupanya bankrup disebabkan jadi guarantor..

Meraung bila dengar adik tak bayar loan..

Jumpa adik pun time raya je..

Adik datang bawak duit 1 beg.

Sepatah pun tak tanya pasal abang sendiri..

Sebab duit orang boleh lupa darah daging..

Fikir gaji sendiri dulu sebelum sign jadi guarantor..

Tiada siapa boleh bagi job security.

Ambil iktibar daripada pengalaman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *