Ini Punca Ubat Batuk Yg Dikenali Di Malaysia Dijual Dengan Harga RM270 Di Amerika

Membesar sebagai seorang kanak-kanak Asia, kita semua telah mencuba pelbagai jenis ubat batuk yang berbeza, dan yang terbaik untuk dicuba adalah Nin Jiom Pei Pa Koa, atau biasa dikenali sebagai Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak.

Nah, nampaknya ubat batuk herba Cina tradisional ini telah menjadi semakin terkenal di Amerika Syarikat dan anda pasti tidak akan percaya berapa harga sebotol ubat batuk ini di Amerika Syarikat!

Mungkin ramai yang pernah menonton iklan ubat batuk ini suatu masa dahulu ditelevisyen atau dimana-mana kan.

Semuanya bermula apabila seorang penduduk New York bernama Alex Schweder mula diperkenalkan kepada ubat batuk ini oleh teman wanitanya, Oberon Sinclair.

“Saya telah sakit selama seminggu setengah dan tidak dapat berhenti batuk,” kata Schweder.

Sinclair memutuskan untuk mengesyorkannya kepada teman lelakinya. Ajaibnya, Schweder menjadi lebih baik dalam masa 15 minit dan juga memberikannya kepada lima orang lain lagi untuk dicuba!

Tidak lama kemudian, ubat batuk ini menjadi semakin terkenal kerana ramai rakyat Amerika yang terjejas oleh musim selesema baru-baru ini telah bergegas ke pasaraya Cina untuk mendapatkannya. Seperti semua produk di pasaran, harganya akan melambung tinggi apabila permintaan melebihi bekalan.

Botol 300ml pei pa koa dijual seharga USD $ 12.99 (lebih kurang RM50) di Amazon, dan hanya ada satu botol sahaja yang tinggal dalam stok!

Nampaknya, ubat batuk yang dibuat dengan madu dan loquat ini memberi kesan yang baik kepada orang Amerika. Ia juga mendapat banyak ulasan yang positif oleh pengguna!

“Ubat batuk ini sangat bagus! Suami saya mengalami batuk yang sangat buruk. Walaupun mengambil dua ubat daripada doktor, batuk menjadi lebih parah dan lebih teruk.

Setelah bangun sepanjang malam akibat batuk yang dahsyat, seorang kawan memberikan saya ubat batuk ini pada jam 4.30 pagi. Dalam masa setengah jam, batuknya semakin reda dan akhirnya dia tidur! Dia menggunakannya untuk beberapa hari dan batuknya tidak kembali lagi, “tulis seorang pembeli.

Malah, Pei pa koa menjadi sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan menurut Guang Ming Daily harganya pernah dilaporkan mencapai USD $ 70 (kira-kira RM270) pada satu ketika!

Sementara itu di Malaysia, kita dengan mudah boleh mendapatkan ubat batuk herba ini di mana-mana farmasi sekitar harga RM22. Sesiapa yang sanggup membayar RM270 untuk sebotol ubat batuk ini pasti mengalami batuk yang sangat teruk.

sumber : Bicara Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *