(Video) Awas! Penjenayah Boleh Mencuri Bateri Kereta Anda Tak Sampai Seminit.

Selalu kita dengar kes kecurian bateri kereta di tempat parking. Namun siapa sangka, penjenayah berpengalaman boleh melakukan kegiatannya dalam masa yang begitu pantas?

RAKAMAN Litar Tertutup CCTV tersebar di media sosial menunjukkan bagaimana dua (2) orang lelaki mencuri bateri dari sebuah kereta dalam masa tak sampai seminit, atau lebih tepat hanya selama 30 saat.

Dua lelaki itu menunggang motorsikal sebelum salah seorang darinya turun menghampiri sebuah kereta jenis proton Wira di bahagian kanan hadapan, dan melakukan sesuatu di bahagian tayar.

Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan terus boleh membuka penutup enjin kereta, sebelum mencuri bateri dari kenderaan itu dan berlalu pergi.

Jadi berhati-hatilah jika hendak meletakkan kenderaan di kawasan yang sunyi atau jauh dari kediaman. Elakkan daripada kejadian ini berlaku kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *