Pulau Babi: Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang

Pulau babi.

Ok, saya rasa dua perkataan di atas sudah cukup untuk menimbulkan rasa pelik dan kagum apabila mendengarnya. Walaupun pelik, namun pulau ini benar-benar wujud di sebuah kepulauan di Bahamas. Apa yang lebih pelik ialah, pulau ini tidak didiami oleh manusia, dan yang lebih pelik lagi, babi-babi liar di sini terkenal dengan kebolehan mereka yang mampu berenang di dalam laut.

Mengikut beberapa sumber, babi-babi tersebut hidup di pulau tak berpenghuni ini disebabkan mereka diletakkan di situ oleh sekumpulan pelayar yang berhasrat untuk balik semula dan menjadikannya sebagai makanan.

Pelayar-pelayar tersebut tidak pulang-pulang dan kawanan babi tersebut hidup dengan memakan lebihan makanan yang dibuang kapal yang berlalu.

 

Ada juga cerita mengatakan kawanan babi itu datang dari kapal yang karam dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, dan ada juga berpendapat mereka datang dari pulau-pulau yang berdekatan.

Walau apa pun teori dari mana datangnya kawanan babi ini, ianya tetap merupakan suatu pemandangan yang sangat pelik dan bizarre. Bayangkan anda menaiki bot ke sebuah pulau terpencil dan dari jauh bot anda didekati bepuluh-puluh babi yang berenang menghampiri anda. Bayangkan. Mesti sangat creepy, haha.

Pengunjung memberi makan kepada kawanan babi liar yang sangat jinak.

baru saya tahu rupanya ada spesis babi liar yang kaler putih

comelkee? creepy? hahaha..

Seram la pulak nak pergi pulau ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *