Ditegur Solat Tidak Sah Kerana Ada Tatu, Adam Corrie Kongsi Pengalaman Di Set.

PERNAH ditegur solat tidak sah kerana bertattoo, Adam Corrie Lee Abdullah bagaimanapun bersikap terbuka menangani isu tersebut.

Pengalamannya itu dikongsi menerusi laman Instagramnya (IG).

“Saya pernah ditegur masa solat di set filem kerana ada tattoo. Mereka kata solat saya tak sah. Ada yang suruh saya buang tattoo dulu. Tapi saya senyum je. Sebab saya dah tahu hukumnya.

“Bagi mereka yang bertattoo before Syahada, solatnya sah. Dan tak wajib buang tattoo sekiranya memudaratkan diri,” kongsinya sambil disertai #tabayyun.

Mengulas lanjut, selebriti berusia 49 tahun ini mengakui isu tersebut sering dialami oleh golongan mualaf.

“Isu biasa yang dialami oleh saudara baru. Ini bukan isu sedih ke, marah ke, tertekan ke. Suruh orang bertabah ke.

“Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah. Ini cuma satu perkongsian untuk mereka yang masih tak tahu tentang perkara saudara baru yang bertatto sebelum syahadah,” jelasnya di IG.

Tidak cepat melatah, pelakon filem KL Gangster ini sebaliknya lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri.

“Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru. Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dengan mereka,” katanya.

Malah, Adam mengakui sudah lali dengan teguran sebegitu.

“Saya dah biasa dengan teguran ini. Tak terasa apa-apa pon. Saya dah 10 tahun dalam Islam. Dah ok.. Sebab saya tahu bukan semua orang tahu hal ni. Ilmu setiap orang tak sama,” katanya.

Pada masa sama, pelakon filem Paloh ini turut menyarankan agar saudara baru yang bertattoo mengenakan pakaian yang bersesuaian.

“Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang, berseluar panjang supaya tattoo tersebut tidak nampak orang lain. Untuk elak org salah faham,” tulisnya lagi.

Ini kerana, katanya, tattoo tidak perlu dibuang sekiranya mampu memudaratkan diri selain memerlukan kos yang tinggi.

“Bukan semua saudara baru mampu buang tattoo. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tattoo penuh di badan hendak dibuang.

“Kos tinggi. Bukan sekali sahaja treatment lazer kena buat.. banyak kali kena buat. Buat kajian sebelum berbicara,” katanya.

Sehubungan itu, pelakon filem Kapsul ini turut menggesa orang ramai agar membuat rujukan pada yang pakar berkaitan sesuatu isu.

“Saya bertattoo sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah. Lepas syahadah saya sudah Islam. Tak de la nak buat tattoo di badan lagi kerana tahu hukumnya HARAM

“Kalau nak tahu pasal hukum hakam agama jangan rujuk, DM dengan saya. Saya bkn ustaz. Rujuk dengan para ilmuwan agama yang bertauliah,” tulisnya lagi.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad pada 21 November 2008.

Selepas 10 tahun bersabar, Akhirnya Adam Corrie bakal jadi ayah

PELAKON aksi terkenal, Adam Corrie Lee berkongsi berita gembira dengan peminat apabila mendedahkan beliau bakal bergelar ayah.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Adam ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.

“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.

“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.

Sumber: Katakpisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *