(VIDEO) Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bijak Yang Terlajak Mudah Untuk Bersihkannya.

Papan pemotong terutamanya yang plastik memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal.Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

BAHAN-BAHAN:

Limau nipis
Baking soda
Cuka
CARA-CARA:

Ambil limau dan belah dua. Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.

Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong disini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *