(Video) Minum Susu Kunyit Panas – Rahsia Kekal Ramping Dan Awet Muda, Rugi Tak Cuba

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja produk kecantikan di pasaran, pasti kaum wanita akan mencubanya. Betul tak? Walaupun menelan kos yang tinggi, asalkan dapat tampil cantik, wanita sanggup berhabis duit.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada petua tradisional untuk mengekalkan kesihatan dalaman wanita pada masa yang sama membantu anda untuk mendapatkan berat ideal. Tidak perlu modal yang besar, hanya dengan kos yang murah dan penyediaan yang mudah sahaja. Anda mampu kelihatan muda walaupun sudah mempunyai anak tiga seperti wanita ini.

Petua yang dikongsikan oleh Nurul Arija  melalui laman facebooknya seperti di bawah mungkin boleh dijadikan panduan buat wanita di luar sana untuk kekal awet muda. Apa yang penting, jangan malas dan perlu konsisten ok? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

Cara nurul jaga penampilan untuk kekal awet muda, anak dah 3 orang tapi macam anak dara. Ya korang, selain jamu nurul ada amalkan beberapa tips untuk menjaga kesihatan dalaman dan kekal langsing.

Tak kira yang belum kawin atau sudah punyai anak SUSU KUNYIT ni bagus untuk pencernaan dan sangat berkesan untuk pembuangan angin dalam badan dan juga mampu mencegah kanser.

SUSU KUNYIT PANAS
1 gelas Susu, 1 inci kunyit ketuk2, 3-5biji Almond hancurkan (nak letak atau tak pom boleh)
Sedikit madu jika suka. Masuk semua dlm periuk panas dengan api sederhana. Dah mendidih tutup api. Kemudian hidangkan Dan minum

Paling berkesan untuk pecahkan lemak bagi yang mau kurus ! Nurul lebih memilih cara tradisional berbanding yang modern. Dengan rela hati nurul nak share air susu kunyit untuk sesiapa yang nak sentiasa awet muda dan body kekal ramping.

Rasa dia sangat sedap krupp krapp tergigit badam yang rangup rasa lemak2 manis susu mix badam. siyess sedap ! tak meloyakan, minum pagi sampai ke tengahari still lagi kenyang. Boleh minum 4 atau 5 kali seminggu.

Dapat meredakan sakit kepala

Kandungan nutrisi dan antioksidan yang terkandung dalam campuran susu dan kunyit konon juga dipercaya dapat mengubati sakit kepala, yang terutama disebabkan oleh kepenatan.

Memperlancar pencernaan

Apabila pencernaan anda kurang lancar, barangkali minum campuran susu dan kunyit ini dapat membantu anda dalam mengatasi masalah ini. Campuran susu dan kunyit ini telah terbukti dalam mengurangi rasa kembung perut dan melancarakan pencernaan. Untuk memperoleh manfaat tersebut, anda dapat meminum campuran ini ketika hendak tidur dan silakan rasakan sendiri manfaatnya ketika bangun pagi pada keesokan harinya. Niscaya, pencernaan anda akan terasa lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *