Tumbuhan Ini DiNamakan ‘Bunga Kematian’! Anda Pasti Terkejut Melihat Apa Yang Berlaku Apabila Ia Disentuh… (VIDEO)

Tanaman yang cantik ini mendapat gelaran yang tidak masuk akal. Masyarakat di China menyebut tumbuhan ini sebagai ‘tumbuhan hantu’. Ada juga yang memberi gelaran tumbuhan ini sebagai ‘anggerik mimpi’ malahan nama yang lebih seram iaitu ‘bunga kematian’! Nama tersebut bukanlah dengan sengaja diberi kerana terdapat kisah disebalik nama tersebut.

 

……………………………………………………………………………………

Monotropa Uniflora atau Indian Pipemerupakan salah satu jenis tumbuhan yang amat jarang ditemui dan ramai yang ke pelosok dunia untuk mencari tumbuhan unik ini.

Saiznya yang kecil membuatkannya lebih sukar untuk ditemukan. Saiznya antara 10 sehingga 15 cm.Tumbuhan unik ini berasal dari China, dan lebih tepat lagi kota Zhouzhidian, Provinsi Shaanxi. Tanaman ini juga sebenarnya sangat baharu ditemukan.

Tumbuhan ini tumbuh secara berkelompok, berwarna putih dengan seluruh lapisannya lut sinar dan boleh ditembusi cahaya.

Namun demikian, tanaman yang cantik ini mendapat gelaran yang tidak masuk akal. Masyarakat di China menyebut tumbuhan ini sebagai ‘tumbuhan hantu’. Ada juga yang memberi gelaran tumbuhan ini sebagai ‘anggerik mimpi’ malahan nama yang lebih seram iaitu ‘bunga kematian’!

Nama tersebut bukanlah dengan sengaja diberi kerana terdapat kisah disebalik nama tersebut.

Menurut masyarakat China, tanaman mirip anggerik dengan saiz dan ukuran lebih kecil ini dipercayai sebagai ubat untuk membangkitkan orang mati.

Dalam novel kisah kung fu China, bunga ini dipercayai sebagai bunga untuk membangkitkan dan menginkarnasi orang yang telah mati.

Kisah tersebut menjelaskan bahawa bunga ini dianggap sebagai tumbuhan yang boleh mengembalikan kehidupan, juga melawan kuasa jahat.


Bau wangian daripada tumbuhan ini dikatakan sangat berbahaya.

‘Bunga Kematian’ ini tumbuh di sekitar bulan Jun sehingga September, dan tumbuhan ini akan berkembang dan menundukkan kepalanya.

Apabila terdapat lebah yang hinggap pada bunga ini, bunga tersebut akan memunculkan buah seperti beri yang menjadi makanan kepada para haiwan.

Bunga ini juga berupaya menyerap nutrisi daripada makhluk hidup yang mati di tanah tempatnya tumbuh.

Disebabkan tumbuhan ini tumbuh di hutan pedalaman, di bawah pokok besar dan tumbuh di antara daun-daun kering yang berserakan, tumbuhan yang diberi nama Monotropa uniflora agak sukar untuk dicari.

Tambahan pula, tumbuhan ini tidak tahan apabila disentuh. Jika dipetik, warnanya akan berubah secra perlahan-lahan kepada warna hitam dan akan layu kemudiannya. Perkara yang sama juga boleh berlaku jika ianya disentuh.

.

Oleh hal yang demikian, tumbuhan ini menjadi simbol misteri dan sehingga kini bunga ini masih diteliti dan dijadikan kajian di China.

Tonton videonya:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *