Pukul perompak sampai mati, 5 lelaki ini berhadapan hukuman gantung sampai mati!

KUALA LUMPUR – Lima lelaki bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati kerana memukul seorang perompak hingga mati.

Pada 1 Mei 2016, seorang perompak yang dikenali sebagai Mohd Yusof Abd Khalib telah ditangkap dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki. Kejadian tersebut berlaku di luar V-Club Snooker di Taman Intan Baiduri, Sentul sekitar jam 8.30 malam.

Setelah dibelasah dengan agak teruk, suspek yang berusia 26 tahun telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan namun keesokan harinya, dia telah meninggal dunia. Hal ini membuatkan kelima-lima lelaki berkenaan berhadapan dengan tuduhan membunuh.

Tertuduh yang bersalah adalah:

M. Yogesvaran – 24 tahun, pengawal keselamatan
Mohamad Hairul Abdullah – 34 tahun, pegawai tentera
Lawrence anak Masing – 34 tahun, pegawai tentera
Zaidi Zainal – 31 tahun, bekerja sendiri
Chong Kai Weng – 31 tahun, penyelia

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah manakala barisan pembelaan hanya berdasarkan penafian.

“Walaupun mangsa mungkin seorang perompak, langkah yang sebaiknya adalah membawanya ke balai polis, bukan menyerangnya seperti harimau yang lapar dan bertindak mengikut undang-undang sendiri.”

Ketika membacakan penghakiman setebal 254 mukasurat itu, beliau turut menyatakan bahawa dakwaan tertuduh menahan mangsa yang dikatakan perompak untuk menyerahkannya kepada pihak polis adalah satu perkara yang mengarut!

Berikutan itu, Mohamad Shariff memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada kelima-lima lelaki berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Sejurus keputusan diumumkan, seluruh ahli keluarga tertuduh melaungkan kesedihan mereka.

Sebagai pengajaran kepada orang ramai, jangan sesekali melakukan sesuatu di luar batasan undang-undang. Adalah lebih baik jika anda menyerahkannya kepada pihak polis dan biarkan mereka yang menangani situasi berkenaan.

Sumber: mStar dan World of Buzz kredit : Era Baru

Kes-kes seperti ini sebelum ini juga pernah berlaku. Jika korang masih ingat kes Zulkifil, yang bakal digantung hanya kerana pertahankan diri dan keluarga tersayang dari dirompak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *