TERKINI! Suspek Baling Kerusi Sudah Ditahan Polis, Mayat Mendiang Gagal Dibawa Naik Ke Rumah Akibat Lif Rosak…

Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.

Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.

“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari. Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.

Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.

Namun difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.

Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.

Sumber: otaiviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *