Adi Putra Nikah Semula Bekas Isteri Pertama

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Berita itu dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

“Salam tahniah dari Madinah buat adpadiputra dan aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid

Pasangan ini selamat bergelar suami isteri semula.

Rata-rata pengikutnya di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.

Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.

Maklumat Sebelum Ini Mereka Pernah Bercerai:

Adi Putra dikatakan telah menceraikan kedua-dua orang isterinya iaitu Zuhaidah Yusof, 42, dan Norshahida Dzolkifly, 33.

PELAKON Adi Putra dikatakan telah menceraikan kedua-dua orang isterinya iaitu Zuhaidah Yusof, 42, dan Norshahida Dzolkifly, 33.

Menerusi muat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Adi telah mengeluarkan kenyataan sudah tiada apa-apa kaitan dengan kedua orang isterinya.

“‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa2 hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida ). Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa2 statement utk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih,” katanya menerusi muat naik di Instagram.

Kenyataan Adi telah menyebabkan pengikut IGnya terkejut dan berharap agar Adi tabah menghadapi dugaan ini.

Adi telah berkahwin dengan isteri pertamanya, pada pada 14 April 2006.

Pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin ini kembali menjadi perbualan masyarakat setelah Adi memilih untuk berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida.

Perkahwinan secara rahsia pada 20 Jun 2016 itu pada awalnya dikatakan tidak diketahui oleh Aida. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, isteri pertamanya memberitahu dia telah menerima takdir hidup bermadu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *