‘Takkan Aku Malaikat Kot Brader’ – Sharnaaz Ahmad Respon Individu Hangatkan Isu Lama

Semua sedia maklum pelakon, Sharnaaz Ahmad merupakan salah seorang selebriti yang lantang bersuara di media sosial. Baru-baru ini Sharnaaz turut memberi respon berikutan isu kotroversi Datuk Farid Kamil dan Nur Sajat. Rata-rata netizen menyokong pendapat ‘pedas’ yang diberikan pelakon ini.

Terbaru, sebuah blog dakwanya telah menyiarkan kembali isu panas Sharnaaz menumbuk seorang warga asing tidak lama dahulu. Perkara ini telah mendapat perhatian Sharnaaz dan ini responnya.

Cerita lapok dikorek bagi hangat

‘Sampai siap kurang ajar takkan aku malaikat kot’ – Sharnaaz

Bangun pagi gosok gigi cuci muka… Mai dah manusia manusia yang suka tengok kejatuhan orang.. Cerita dah lapok di korek balik bagi hangat.. Macam ni lah pasai Gaous Ali ni, aku tak mau panjang cerita kira mengaku salah sudah lah.. Sebab apa memang salah pun bergaduh kan.. Tapi cuba kalau ko duduk tempat aku, kalau org asing sound ko lebih dari 5 kali tapi ko tak melawan kira hebat lah.. Ni sampai siap kurang ajar takan aku malaikat kot brader.. Tercetuslah pergaduhan comel comel.. Dan pada yang cuba menyemarakkan api kontroversi ini.. Alhamdulillah silakan anda buat kerja anda.. Saya layankan ajeee.. Janji tak petik nama mak ayah aku sudah.. Kalau petik, sampai lubang cacing atau umpun umpun aku cari ye.. Assalamualaikum semuaaaa

RAMAI YANG SOKONG

Sebelum ini Sharnaaz Ahmad hanya mendiamkan diri berkenaan isu pergaduhan dengan seorang warga asing tersebut. Namun apabila perkara lama dikorek kembali, Sharnaaz tidak teragak-agak memberikan penjelasan. Luahan Sharnaaz ini mendapat respon daripada peminat yang rata-rata menyokong kenyataannya. Kata mereka tahap kesabaran seseorang ada limit, jika sudah melampau batas pelbagai perkara boleh terjadi.

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad

Kredit: Ohbulan via gebang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *