(Video) Viral!! Boy Iman Bakal Lancar Single Terbaru ‘Malas Nak Layan’!!

SEJAK kebelakangan ini, seolah-olah sudah menjadi trend untuk ahli perniagaan menceburi bidang nyanyian dan mengeluarkan single.

Bermula dengan Datuk Seri Vida menerusi single I Am Me, diikuti pula Datuk Aliff Syukri dengan Abang Nak Tegur, kini tiba giliran Boy Iman pula.

Menerusi entri di akaun Instagramnya, Datuk Boy Iman memaklumkan dia sudah tidak sabar untuk melancarkan single berjudul Malas Nak Layan itu, tidak lama lagi.

Single yang kini sudah pun menjalani penggambaran video itu ditulis oleh Edry Abdul Halim dan diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, DBI Entertainment Sdn Bhd.

“Lagu ini dibuat khas selepas berlakunya musibah pada diri saya.

“Saya hadiahkan ini untuk semua yang menyokong saya, juga haters saya,” tulisnya.

Video dibawah adalah sedutan dari instagram beliau ketika menjalani rakaman video ..


Kredit = Astro Awani dan Insta Boy Iman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *