18 Sekolah Daif Di Kinabatangan Akan Dibaik Pulih – Bung Moktar

KINABATANGAN, 25 Jan – Sebanyak 18 sekolah daif di daerah ini akan dibaik pulih menerusi peruntukan RM1 bilion di bawah bajet kerajaan persekutuan tahun ini, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata kebanyakan sekolah menengah dan rendah terlibat adalah di kawasan luar bandar sepertiSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau, Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau, SK Bilit, SK Suan Lamba dan SK Batu Puteh.

Peruntukan daripada kerajaan persekutuan ini membuktikan keperihatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendengar suara wakil rakyat Sabah yang selalu mengemukakan masalah kedaifan sekolah di Sabah di Dewan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan SMK Sukau di sini hari ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata komitmen bagi menyuarakan keperluan rakyat kepada kerajaan persekutuan akan terus diperjuangkan khususnya membabitkan prasarana pendidikan.

Kerajaan mempunyai kemampuan untuk menangani kekurangan prasarana pendidikan di negeri ini dan terbukti menerusi peruntukan RM1 bilion yang Najib umum untuk bajet tahun ini, katanya.

— BERNAMA via sayangsabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *