Mahu cari duit lebih, gadis ini tawar perkhidmatan Grab naik LC135 di Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak idea yang muncul bagi mendapatkan wang sampingan. Daripada bekerja di rumah, sehinggalah bekerja di atas jalanraya, semuanya pun boleh jalan, asalkan boleh menjanakan pendapatan.

Mendapat idea ketika berkunjung ke Indonesia, seorang gadis baru-baru ini telah menawarkan perkhidmatan yang serupa tetapi dengan menaiki motosikal miliknya.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Shaqirah Shukri ini, beliau pada mulanya hanya berniat suka-suka sahaja menawarkan perkhidmatan ini, tetapi tidak disangka-sangka servis yang ditawarkan oleh beliau ini telah mendapat sambutan yang baik.

Alhamdullilah rezeki tidak pernah salah alamat, niat hanya suka-suka, tetapi ada yang sudah tempah perkhidmatan Grab Bike dengan saya ini hehe.

Sebenarnya, saya menawarkan perkhidmatan Grab Motorcycle, Lebih kurang seperti Grabcar, tetapi itu naik kereta kan? Tetapi kita ini naik motosikal, luarbiasa sikit bukan? Lebih cepat, pantas dan jimat masa untuk sampai ke destinasi korang.

Hehe, jangan risau, lesen saya semuanya lengkap. So no worries la. Bab bayaran pula? Bayaran bergantung kepada anda mahu bayar berapa atas keikhlasan anda. Tetapi agak-agaklah mahu bayar RM1 saja. Minyak mahal.

Saya cuma mahu tolong sahaja dan sekadar kerja part time cari duit sikit untuk dijadikan duit poket kan? Almaklumlah masih pelajar lagi, mana ada duit sangat. Jadi, Grab Bike ini saya dah mula okay? Mana yang nak saya ambil ke hantar mana-mana ke boleh PM saya, kita deal sampai awak selamat sampai destinasi awak okay. Girls only!

Berikutan sambutan yang hangat yang diterimanya baru-baru ini, Shaqirah telah mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya, terutamanya mereka yang sentiasa menyokongnya.

elamat pagi. Hi semua, maaf pada kakak-kakak yang komen dan PM saya untuk tempahan. Tidak menang tangan saya nak balas dan komen, 776 shares. Apa yang banyak sangat tu? Alhamdulillah. Doa yang baik-baik ye, mahu buat sesuatu kita kena usaha sehabis kudrat tenaga 4 kerat kita. 

Terima kasih pada yang sudi tempah Grab bila dengan saya. Tanpa doa dan sokongan semua, saya tidak sekuat ini. Niat saya mahu bantu wanita di luar sana dan niat saya mahu mencari duit dengan buat perkhidmatan Grab Bike ini sekadar suka-suka pada awalnya. 

Saya dan ibu baru lepas bercuti di Indonesia dan saya juga dapat inspirasi buat perkhidmatan Grab Bike ini dari sana dan mahukan kelainan dan ini yang saya cuba buat. Yang mana sudah viral, teruskan viral kerana di sebalik rezeki kita. pasti ada rezeki orang lain. Jadi, jangan pernah berdengki dengan apa yang orang ada, doakan yang baik-baik.

Sekali lagi saya ingatkan, saya hanya ambil penumpan “PEREMPUAN SAHAJA” kawasan Kuala Lumpur.

Sumber : Shaqirah Shukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *