Kisah Seorang Tukang Sapu Sampah Yang Mempunyai Kereta BMW Tetapi Tetap Bawa Basikal…Akhirnya Dia Bongkar Sebenarnya Dia Adalah…

Satu kisah yang menyentuh hati yang diceritakan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek ini patut kita semua ambil iktibar darinya. Kisah seorang tukang sapu berbasikal tua yang dilihat miskin dan sering dihina oleh masyarakat tetapi hakikatnya hatinya lebih mulia dari orang lain.

Tuan-tuan tahu tak orang yang sapu sampah kadang-kadang hati dia lebih mulia daripada kita semua. Lebih mulia dari saya.

Seringkali dihina oleh penghuni flat di tempat kediamannya. Tetapi hakikat sebenarnya pasti membuatkan ramai terkesima. Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah( tukang sapu) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur(DBKL).

Malam yang lepas kami bertemu. Dia datang ke rumah saya. Dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah flat. Rumah flat di Sentul tuan-tuan…Subhnaallah..

Apa kisah hidup dia ni?

Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.

Kawan-kawan dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak . Dia tetap naik basikal.

Tuan-tuan apa yang berlaku? Kawan dia ni sentiasa hina dia. Satu bangunan flat hina dia, kata kat dia macam-macam.

Tapi tuan-tuan pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi arkitek.

Anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap-tiap bulan RM2,000 seorang. 2 anak orang anak jadi RM4,000.

Dan anak yang kerja arkitek pula seorang bagi RM1,000, 2 org RM2,000. Jumlah RM6,000 sebulan.

Tuan-tuan tahu tak orang yang sapu sampah kadang-kadang hati dia lebih mulia daripada kita semua. Lebih mulia dari saya.

Dia hanya sapu sampah…Allahuakhabar… Tapi hati dia mulia.

Tuan-tuan dengan RM6,000, tuan-tuan tahu tak apa yang dia buat?

Agak-agaklah apa yg dia buat?

Dia sedekahkan pada kawan-kawan yang kerja sama tempat. Budak-budak baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.Tolong bayar duit deposit rumah.

Cuma dia pesan, Jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

Tuan-tuan satu hari nanti saya cerita, tuan-tuan tak berapa nak percaya.

Satu hari nanti kalau tuan-tuan jumpa dia, saya bawa sembang dengan dia.

Orang yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.

“Ustaz, harta bukan milik kita ustaz”.

Anak dia baru belikan dia BMW yang latest punya, 320i. Allahuakhbar.

Tapi dia kata : “Ustaz , daripada naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz”.

“Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak je tukar”.

Apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.

Anak dia tak pernah sakit tuan-tuan.

Kita ni? Gaji RM10,000 tapi tak bayar zakat.

Zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak!

Ohh…semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!

Bab kata orang cina “suey maa” kejap-kejap anak sakit, kejap-kejap kamu sakit. Macam-macam masalah.

Kredit:BlogAmmar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *