“Beli Motor Untuk Tunang. Tunang Buat Pedajal, Bodoh!”-Gadis Ini Nekad Putuskan hubungan Kerana Tunangnya Itu Rupa-rupanya…

Setiap pasangan bercinta pasti akan lalui fasa pasang surut di dalam perhubungan mereka lebih-lebih lagi yang sudah bertunang. Kata orang tua-tua, fasa inilah pasangan akan diuji dari segala aspek dan yang benar-benar memahami pasangan akan berjaya mengharungi fasa ini tetapi jika segala usaha menemui jalan buntu berpisah adalah jalan terakhir.

Seperti yang dikongsikan wanita ini, dia nekad memutuskan hubungan dan ingin menjual semula Yamaha R25 yang telah dihadiahkan kepada tunangnya selepas berang lelaki tersebut telah memajak motorsikal tersebut dengan alasan yang tak masuk akal.

Dakwa wanita yang bernama Cik Ayu ini, bekas tunang wanita tersebut dikatakan telah memajak motosikal yang dihadiahkan itu pada tokan dadah.

Namun tindakkan pantas wanita tersebut, dia berjaya mendapatkan semula motosikal tersebut hasil rundingan bersama tokan dadah tersebut.

Wanita itu telah menukar penama motosikal tersebut yang sebelum ini diletakkan diatas nama bekas tunangnya kepada namanya dan berhasrat untuk menjual semula motosikal tersebut.

Kesian Wanita Ini Dikecam Netizen Yang Tidak Tahu Cerita Sebenar!!

Diharap wanita tersebut tabah mengharungi dugaan ini dan semoga dipertemukan dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya. Tapi boleh percaya ke cerita wanita ini? Kalau betul lah, memang patut cari lelaki lain je!

Sumber: Cik Ayu via era viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *