PEKELILING- Guru Perlu Patuhi Etika Pemakaian Di Sekolah

Tular Di Facebook dan Media Social gambar-gambar hari pertama anak di sekolah tidak kurang juga cikgu-cikgu yang cantik manis.Ramai yang memuji kecantikan Guru2 wanita. Tidak kurang juga yang menegur cara berpakaian Cikgu yang dianggap menjolok mata.Berikut Beberapa pekeliling dan Garis Panduan. Kalau Murid boleh mengikut garis panduan sekolah , guru-guru seharusnya lebih peka.

Pekeliling & Etika Berpakaian Penjawat Awam (Guru)

Berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA)

Pakaian Lelaki

Pegawai Kump. A dan B, “lounge suite” atau “bush-jacket” dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.
Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia.

Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita

Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks”, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.
Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.
Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Pakaian Yang Mencolok Mata (Lelaki dan Wanita)

Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata.

sumber: cikgushare via otaiviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *