Tips Kawin Bajet

Semua orang nak kawin diatas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat.

Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin.

1. Kad kawin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.

2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.

3. Baju kawin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kawin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vegas dah pernah buat.

4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.

5. Tetapkan jumlah tetamu, kawan opis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola.

6. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andan kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal.

7. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan .

8. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan ‘grand’

9. Cenderahati bagi yasin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan didalamnya.

10. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah.

11. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kawin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali.

12. Jangan hadir Pameran Perkahwinan, nanti dari nak kawin sederhana jadi majlis kawin macam kitalah anak raja.

Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya “Alah kawin sekali nie saja, apa salahnya”

13. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.

14. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.

15. Jangan buat Pinjaman Peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.

16. Buang rasa malu, kawin sederhana itu Sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.

#JoyahVages memiliki hartanah dan perniagaan bernilai jutaan dolar di Amerika hari ini. Lebih penting dari itu anak gadisnya semanis Nelofah dan Fazurah

rujukan azizul azli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *