Kisah Benar : Astaghfirullah !! Jenazah bapa sedang dimandikan , tapi si anak sibuk bertengkar pasal HARTA !!

Salah satu dari pengalaman yang saya lalui sendiri ketika menguruskan jenazah. Hayatilah perkongsian ini, mudah-mudahan menjadi sempadan dan tauladan kita bersama.

Atas amanah dan tanggungjawab yang Allah ilhamkan buat diri ini, sekali laig saya dijemput oleh sebuah hospital di bandar yang terkemuka dan elit. Mohon keampunan dari Allah swt atas nawaitu saya perkongsian pengalaman ini sebagai jalan muhasabah dan peringatan untuk saya dan kita semua agar meletakkan setiap perlakuan sebagai ibadah dan nawaitu kerana Allah.

Seperti kelaziman, saya diundang melalui panggilan telefon daripada pihak forensik untuk memandikan dan mengkafankan seorang lagi jenazah. Sepanjang perjalanan saya, hati ini terusan berdoa agar saya tidak dipertemukan dengan sebarang kejadian pelik dan hanya memohon agar sepanjang pengurusan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna dengan izinNya.

Sampai saja di hospital, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah dan rutin saya sebelum memandikan jenazah, saya akan membentangkan kain kafan terlebih dahulu agar mudah urusan yang seterusnya.

Setelah selesai menyediakan peralatan mandian, saya tergerak hati untuk menjemput waris arwah iaitu anak-anaknya untuk turut serta dalam meraih pahala terakhir untuk jenazah ayah mereka. Malangnya, ajakan saya langsung tidak diendahkan oleh ketiga-tiga anak lelakinya. Kelihatan juga isteri arwah dan dua anak perempuannya. Mungkin merasa malu dengan tindakan anak lelakinya yang langsung tidak mempedulikan ajakan saya.

Si ibu lantas bersuara agar saya meneruskan saja urusan mandian jenazah suaminya itu. Sekadar menurut arahan, saya meneruskan tanggungjawab saya bersama seorang pembantu forensik hospital.

Setelah selesai urusan memandikan dan mengkafankan jenazah, terdengar suara riuh rendah dari bilik menunggu, seakan pergaduhan yang hebat. Timbul rasa ingin tahu dan tidak selesa dengan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk meninjau perkara yang berlaku.

Kelihatan isteri arwah sedang menangis dan ditenangkan oleh salah seorang anak perempuannya. Pertanyaan saya tidak dijawab, malahan semuanya membisu seolah-olah tidak mahu saya tahu perdebatan ahli keluarga itu. Akhirnya saya difahamkan bahawa pertengkaran anak-anak arwah itu berkaitan dengan harta peninggalan yang belum sempat diagihkan mengikut waris.

Saya difahamkan oleh salah seorang rakan arwah yang hadir bahawa anak-anaknya arwah semuanya menjawat jawatan yang tinggi dalam kerjaya. Antaranya doktor dan pengetua sekolah. Apa yang menimbulkan tanda tanya dan sedikit kekecewaan di hati saya, salah seorang anaknya menggesa ibunya agar menguruskan segera urusan pembahagian harta itu. Bimbang jenazah ayah mereka tidak aman di dalam kubur.

Nauzubillah. Perasaan sedih mula bertandang di hati ini mengenangkan arwah terbiar seorang diri tanpa dihiraukan anak-anaknya yang lebih mementingkan urusan harta dunia dari urusan ayah mereka.

Peringatan buat kita yang masih hidup, agar benar-benar menghadami ilmu berkaitan pengurusan harta dan hibbah. Kenapa Islam menganjurkan Hibbah.

Dan pentingnya sebagai anak mengetahui tanggungjawab tatacara pengurusan jenazah ini sekiranya waris-waris terdekat seperti ibu bapa kita mahupun keluarga yang telah pergi. Betapa besar pahala sekiranya segala keaiban jenazah hanya diketahui oleh waris sahaja dan kesempurnaan pengurusannya juga diuruskan oleh anak-anak sebagai tanda penghormatan yang terakhir dan kasih sayang kepada mereka.

Saya meninggalkan jenazah dengan doa agar rohnya ditempatkan bersama para solihin. Mohon Allah mengampunkan segala dosa saya sepanjang menguruskan arwah dan juga mudahan Allah memberi taufik dan hidayah untuk anak-anaknya.

Dalam Islam, terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan dengan faraid sebagaimana yang diputuskan di dalam al-quran. ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).

Wasiat kadang kala dianggap tidak penting dalam kalangan kita khususnya orang Islam. Kematian individu yang mempunyai harta mendatangkan masalah kepada mereka yang hidup dan mereka yang hidup akan mendatangkan masalah kepada si mati apabila si mati tidak berwasiat tentang hartanya sebelum berhijrah ke alam baqa.

Mungkin ada yang beranggapan berwasiat atau membahagi-bahagikan harta menunjukkan kecintaan kepada dunia. Tidak kurang juga yang beranggapan wasiat boleh diselesaikan oleh mereka yang hidup kemudian.

Hakikatnya, wasiat sangat perlu dibuat apatah lagi penyelesaian wasiat selepas kematian amat memeritkan dan mengambil masa yang lama. Karenah birokrasi menambahkan lagi kekusutan hal ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah khilaf saya sendiri. Mohon keampunan sekali lagi di atas perkongsian ini. Jazakallah khairan kathira. – Ustaz Syed Sohleh

Kredit: Exooramaroon

InfoPanas

Anak Perempuan Ku Berusia 9 Tahun Kerap Kali Bermain Di Rumah Jiran, Setiap Hari Juga Akan Ada Tompokkan Darah Pada Seluar Dalamnya. Sampai Suatu Hari, Hati Saya Hancur Saat Menyadari Bahawa Sesuatu Yang Selalu Terjadi Pada Putriku.

Kejadian ini dapat dikenal pasti ababila Cik Liu selalu ternampak seluar dalam anak perempuannya mempunyai bintik-bintik merah seperti darah, akhirnya Cik Liu membawa anaknya berusia 9 tahun ke hospital untuk pemeriksaan. Ternyata selepas pemeriksaan dari doktor amat mengejutkannya apabila dia mendengar doktor mengatakan bahawa anaknya telah diperkosa, selaput daranya telah pecah, bengkak pelvik, vagina dan ginekologi yang lain.

Apabila Cik Liu cuba bertanya kepada anaknya, dia sangat terkejut apabila anaknya berkata bahawa pelakunya adalah jiran mereka dan semakin menyakitkan, tragedi ini telah berlaku selama 3 tahun di mana mereka sebagai ibu bapa tidak tahu apa-apa.

Lelaki itu telah ditahan oleh polis pada masa ini.

4 tahun yang lalu keluarga Liu berpindah ke Guangzhou dan membuka perniagaan hotel kecil. Pada awal bulan Julai tahun lepas, Cik Liu mendapati bahawa anak perempuannya yang berusia 9 tahun XiaoQi berulang-ulang mengalami luka dan ada darah pada seluar dalamnya. Apabila dia membawanya ke doktor, dia diberi ubat herba Cina sahaja.

Gambar Hiasan

Setelah mengambil ubat dari doktor, peliknya bintik-bintik darah masih muncul lagi.

Liu bertanya kepada anak perempuannya, “Adakah ada yang pernah menyentuh anda?” XiaoQi hanya mengangguk dan memberi isyarat bahawa jiran Qin mereka melakukannya.

Qin tinggal berdekatan dengan rumah mereka, dia berusia 50 tahun, XiaoQi kerap pergi ke rumahnya.

Gambar Hiasan

Apabila mendengar ini, Cik Liu begitu terkejut dan tidak lagi membenarkan anaknya bermain di rumah. Liu hanya menyedari bahawa Qin adalah orang yang sangat pendiam, dia sangat jarang keluar dari rumah.

Beberapa kali Cik Liu bertanya kepada nakanya, XiaoQi hanya “Saya tidak tahu!” atau “Saya lupa!”

Kemudian sehingga 5 Ogos, Cik Liu bertanya sekali lagi , XiaoQi jawab dengan keadaan begitu takut dan menggeletar kemudian berbisik kepada ibunya, “Ibu, jika saya memberitahu anda, saya akan hamil?”

Liu tahu bahawa Qin memberi amaran kepada anaknya supaya tidak memberitahu sesiapa. Akhirnya dalam keselesaan yang disediakan oleh ibunya, semuanya perlahan-lahan mulai terungkap. Dia menjelaskan bahawa Qin telah menyentuh alat kelaminnya berkali-kali.

Gambar Hiasan

Selepas mendengar segala-galanya dan anggap bahawa ini bukan perkara yang remeh, Cik Liu mengambil anaknya untuk buat pemeriksaan lanjut di hospital. Setelah mendengar keputusan dari doktor, Cik Liu sangat terkejut. Doktor mengatakan bahawa anak perempuannya mengalami pecah selaput dada, keradangan pelvik, keradangan faraj dan pembengkakan ginekologi yang lain.

Doktor mencadangkan agar Liu segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Akhirnya, polis juga datang ke rumah Qin untuk menangkapnya. Kemudian XiaoQi memegang tangan ibunya dan berkata, “Ibu, saya takut!”

Selepas Qin ditangkap oleh polis, beberapa hari kemudian XiaiQi hanya berani untuk mendedahkan segala-galanya. Anak perempuannya menjelaskan bahawa pada masa ini Qin memerintahkan XiaoQi untuk datang ke rumahnya setiap hujung minggu tepat pada waktunya. Apabila tiba di rumahnya, Qin akan membawanya menonton di komputernya dan perlahan-lahan menyentuh bahagian tubuh XiaoQi ke alat kelaminnya.

Gambar Hiasan

Selepas mendapat penjelasan daripada XiaoQi, polis segera mengambil video CCTV 6 bulan yang lalu yang merakam ke arah rumah Qin dan ia dilihat hampir setiap hujung minggu sekitar 9 pagi XiaoQi pergi ke rumah jirannya.

Semakin lama keadaan tidak menjadi lebih baik. Dari peristiwa-peristiwa yang dialami oleh keluarga Liu, kita sebagai ibu bapa mesti lebih waspada lagi, buddy cerita pendek.

Sekiranya anda telah membaca artikel ini, cerita pendek hanya ingin diberitahu, sebagai ibu bapa, anda tidak boleh diam sahaja. Cuba mengajar anak-anak anda bahawa “orang yang tidak dikenali” tidak boleh melihat mereka telanjang dan “orang yang tidak dikenali” juga tidak boleh menyentuh bahagian badan mereka untuk apa-apa sebab.

Gambar Hiasan

Sebagai ibu bapa juga, perlu mengawal emosi anda, jangan terlalu menghina anak-anak anda, kerana jika ada yang berlaku, alasan yang paling mungkin mereka “tidak mahu” memberitahu anda adalah kerana mereka takut dimarahi.

Akhir-akhir ini kes-kes penyalahgunaan terhadap anak-anak di bawah umur amat berleluasa. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa mengambil tindakan bijak sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Mudah-mudahan artikel ini berguna,

Sumber: coco

InfoPanas

BERCUTI DI GENTING HIGHLAND. MLM PERTAMA SBLM TIDUR PASANG AYAT RUQYAH TP MLM KE2 TERLUPA. APA YANG AKU NAMPAK BUAT SEMUA MENGGIGIL

Pasang ayat Rukyah di Genting. Baru² ni aku dan suami pergi bercuti di Genting Highland sebab tengok ada satu resort biliknya harga serendah RM40. Kami terus booking dan sampai terus check in. Malam pertama sebelum tido memang aku pasang ayat Rukyah. Tapi malam ke2 aku terlupa sebab penat. Tiba² aku terjaga dan aku lihat…..

Banyak web-web atau portal-portal yang menulis tentang kes seram yang terjadi di hotel Genting Highland. Ramai yang percaya dan ada yang tidak percaya. Namun kita sebagai manusia berikhtiar dan bertawakkal bila menginap di mana-mana hotel atau tempat penginapan di destinasi yang kita tuju. Di bawah ini cerita tentang pasang ayat Rukyah pada malam pertama dan terlupa pasang pada malam kedua, apa yang terjadi? Powernya Ayat Rukyah. Semoga bermanfaat.

Baru-baru ini (20-22 Ogos 2017) saya bersama suami pergi melancong ke Genting Highlands.. tak lama sangat setakat 3 hari 2 malam je. Kebetulan hari tu tengok laman web sebuah Resort, bilik dia tengah murah serendah RM40 satu malam apa lagi Encik Suami pun beli lah. Untuk makluman bilik yang dijual tak termasuk sarapan pagi ye. Maka kami pun beli siap-siap Maggie cup biskut, nescafe 3 in 1, keropok dan jajan-jajan. Habis satu luggage penuh dengan makanan sahaja. Kami ni datang dari Sabah. Kali terakhir melancong ke Genting sewaktu zaman muda-muda dulu masih ada outdoor theme park.

Cerita ni bukan pasal cerita seram tetapi ingin membuktikan betapa hebatnya surah rukyah itu.

Tiba Di Hotel

Kami tiba awal pagi di hotel tempat penginapan kami selama berada di situ. Kami early check in tambah la lagi RM5. Sesudah itu kami naik ke bilik. Kami menginap di Tower 2 Tingkat 24. No bilik 249*3. Alhamdulillah segala proses check in selesai dengan jayanya. Setelah sarapan dengan sandwich (buat sendiri) kami pun turun berjalan-jalan sekitar hotel. Malangnya timing tak baik, tak ada apa pun tempat best.Semua tengah renovation. Outdoor theme park dah takde, indoor theme park (bowling, snowalk,etc) pun dah tutup until further notice.

Maka kami pun berjalan-jalan ke Sky Avenue. Makanan-makanan yang dijual di situ sangat lah mahal. Kami dua orang makan kat restoran situ sekali makan Rm70 habis. Memang sangat mahal. Susah pula tu nak cari restoran halal ada pun Mamak kt Basement Terminal 2 kena jalan sikit dalam 500m dari Hotel. Kat restoran mamak sana tak ramai pelancong Cuma staff hotel sahaja.

Malam Pertama Dalam Hotel Rasa Tenang

 

Malam pertama di bilik selesai solat isyak, kami istirehat sambil tengok tv. Walaupun bilik takde Air-cond tapi sejuk nya sangat menyucuk-cucuk badan. Dari kipas yang perlahan saya tutup terus. saya pasang surah rukyah di handphone. Alhamdulillah suasana bilik menjadi sangat tenang, sejuk yang mendamaikan, dan sunyi sepi yang sungguh menenangkan jiwa. Surah rukyah dipasang sehingga ke pagi.

Sungguh, takde langsung gangguan-gangguan jin, hantu, syaitan seperti yang di viralkan di media sosial. Sebelum nak menginap di Genting ni kami pun agak takut dan risau jugak kerana sebelum pergi kami dah banyak survey dulu blog-blog, forum-forum pasal Genting ni. Semuanya cerita pasal gangguan-gangguan makhluk halus termasuk bilik 14974 tu.

Malam Kedua Kipas On Sendiri

Masuk malam kedua, allahu,saya terlupa pasang surah rukyah. Selesai solat isyak, kami terus tertidur kerana esok pagi kami kena gerak balik sesudah subuh. Sebelum tidur, suami tutup kipas kerana tak tahan terlalu sejuk katanya. . Pada jam 1 pagi saya terbangun dan lihat kipas tengah berpusing. Saya ingatkan suami bangun on kipas tu. Saya biarkan sahaja.

Malam tu saya tak dapat tidur. Saya pusing kiri pusing kanan seolah-olah macam ada sesuatu tengah perhati kami tidur. Apabila saya tutup mata saya seolah-olah Nampak lembaga putih tengah berdiri perhati kami tapi apabila saya buka mata saya tak nampak. Saya baca ayat kursi dalam hati dan terus tutup mata tertidur. Keesokan pagi saya tanya suami jika dia ada on kipas tersebut dan suami kata dia tak on kipas dan dia ingat saya ada bangun on kipas tersebut. Lagi satu sebelum tidur semalam suami ada check door lock dan di tombol pintu tu ada tersangkut door knob menu warna hijau untuk “Please Clean the room”.

Suami betulkan door knob menu tersebut kerana hampir terjatuh dan masuk tidur. Pagi tadi suami bangun dia lihat door knob menu tu kembali dalam kedudukan asal sebelum dia betulkan semalam. Dia berfikir positif, mungkin angin dari kipas tu. Selesai mandi, saya baru tersedar bahawa di paha sebelah kiri saya terdapat lebam warna hitam.

Kami berfikiran positif bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan hambanya. Alhamdulillah proses check out juga tidak ada masalah. Cuma pengalaman malam kedua itu membuatkan kami lebih berhati-hati jika ingin bermalam di hotel lagi. Memang benarlah dan tidak disangkal lagi kehebatan surah rukyah itu bahawa ia mampu menghalang segala gangguan yang tidak diingini.

Nasihat Kepada Ibu Bapa Yang Bawa Anak Kecil Ke Hotel

Nasihat saya, kepada keluarga yang ingin membawa anak kecil bermalam di hotel, baik download siap-siap surah rukyah dan pasang sewaktu di dalam bilik hotel. Insya allah anak kecil akan tidur dengan tenang tanpa ada gangguan. Mak saya pernah berpesan, pergi kemana-mana surah rukyah dan ayat kursi jangan dilupakan.

Beramal dengan ayat suci ini insya allah kita akan di elakkan dari gangguan-gangguan atau bencana buruk tetapi jika Ia hendak terjadi maka terjadilah. Kita Cuma berusaha dan tawakal.

Sedikit tambahan, baru-baru ini saya telah terlihat satu posting di facebook mengenai seorang gadis telah kemalangan sewaktu dalam perjalanan dari/ke (tak pasti) Genting Highlands. Berdasarkan pengalaman kami, turun naik Genting, tak ada apa-apa masalah mengenai pembuangan minyak di jalan raya.

Memang keadaan jalan berbukit, tapi keadaan jalan yang kering dan takde minyak. Sebaiknya, sewaktu melalui jalan-jalan seperti itu, kita harus lebih-berhati-hati, jangan la kita bawa kereta seperti Toretto drift sesuka hati kerana ia menganggu/ mengancam nyawa kita sendiri. Sepanjang perjalanan telah dipasang sign board mengenai gunakan gear rendah, laluan kecemasan, kawasan kemalangan dan sebagainya.

Patuhi la undang-undang di jalan raya demi keselamatan anda. Ingatlah orang yang tersayang.
Terima Kasih.

Sumber : IIUM 

InfoPanas

GADIS SELFIE TUNJUK BAJU GLAMOUR TAPI KANTOI TERNAMPAK SATU RAHSIA..!

Selalu sangat dah perihal gadis cantik dalam menjaga penampilan tapi pemalas untuk menjaga kebersihan bilik mereka sendiri atau pun rumah. Bukan tidak pernah kita baca di media sosial facebook, apabila tuan rumah viral kan kes rumah yang terbiar dalam keadaan yang sangat kotor setelah habis menyewa.

Paling menyedihkan apabila kesemua penghuni rumah sewa itu adalah wanita! Jadi jangan nak terpedaya sangat dengan wnaita cnatik ni tapi kebersihan tak pandai nak jaga.

Satu lagi kes memalukan terjadi pada seorang perempuan yang menjadi tular di internet. Pada awalnya gadis yang bernama Alyssa ini mengambil gambar dan ingin menunjukkan baju yang dikatakan glamour dan dimuat naik ke media sosial. Ketika itu Alyssa berada di dalam biliknya dan mengambil gambar berhadapan dengan cermin.

Namun apa yang terjadi sangat memalukan bagi seorang wanita yang cantik bergaya apabila netizen mengecam keadaan biliknya yang sangat bersepah dengan baju baju.

Gadis yang berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat mendapat reaksi yang mengejutkan dari netizen sebaik sahaja dia memuatnaik gambar tersebut dalam twitternya.

Selain daripada dikecam pemalas, ada netizen lain yang turut mendakwa kelihatan seperti haiwan kecil iaitu tikus di dalam gambar berkenaan di sebalik timbunan baju.

Sesiapa yang melihatnya pasti akan mengecam dan amat menjijikan apabila tikus boleh selamba lepak sebilik.

“Macam mana lah kau boleh rakam gambar sedangkan kau tahu bilik kau bersepah dengan teruk”, tanya netizen.

Apa yang pelik, Alyssa seolah olah tidak terkesan dengan ancaman yang diterima sebaliknya beliau sempat bergurau.

“Adik aku tentunya terkejut apabila aku beritahu aku jadi bualan. Dia tentu tidak akan bersihkan biliknya lagi,” katanya.

Dengan ini saya ingin menyeru, akak akak yang nampak cantik bergaya, makeup satu muka tu bawak bawaklah menjaga kebersihan anda ya. Jangan diri nampak cantik tapi dalaman kotor. Tak mau takmauu.

sumber : pawerviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *