(VIDEO) Kantoi! Lelaki Curi Baju Dalam Wanita & Sorok Dalam Seluar di Kedai Dobi Layan Diri Kuala Pilah

Baru-baru ini kecoh dan tular di media sosial tentang seorang OKU dipercayai membuang air besar di sebuah kedai dobi layan diri. Walau bagaimanapun, satu lagi berita yang turut viral apabila seorang lelaki dipercayai telah mencuri baju dalam wanita yang kini menjadi perbualan hangat netizen. Kes sebegini tidak lagi pelik dan aneh di Malaysia kerana kejadian yang sama telah banyak kali berlaku.

Kejadian tersebut berlaku pada 21 Oktober lalu pada jam 8.34 malam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Satu rakaman video juga diperolehi menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai Dobi Depot berkenaan yang menunjukkan tindakan seorang lelaki yang mencurigakan. Lelaki berkenaan didapati membuka salah satu mesin basuh di kedai berkenaan.

Melalui rakaman tersebut lelaki yang memakai baju hitam itu dilihat sedang leka menyelongkar sebuah mesin dan turut memerhati kawasan sekeliling sebelum didapati mencuri baju dalam wanita yang terdapat di dalam mesin basuh tersebut.

Setelah berjaya mengambil apa yang dia inginkan, lelaki tersebut terus menyembunyikan hasil kecuriannya itu di dalam seluarnya sebelum dilihat meninggalkan premis berkenaan dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.


Ketika kejadian tersebut berlaku seperti yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV, tiada pelanggan yang berada di kedai dobi tersebut yang menyebabkan lelaki terbabit berani mencuri.

“Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berjaga-jaga tidak kira pada waktu siang atau malam, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, termasuklah disamun”

Ekoran kejadian itu, pemilik dobi terbabit turut mengingatkan kepada semua wanita agar sentiasa berhati-hati sewaktu berada di kedai dobi dan turut mengawasi sendiri pakaian yang dibasuh milik mereka. Adalah lebih baik sekiranya tidak meninggalkan sebarang pakaian yang dicuci tanpa pengawasan.

VIDEO:

Kes yang hampir sama turut berlaku pada Julai lalu apabila seorang lelaki dipercayai warga emas turut menyelongkar mesin basuh yang dikatakan ingin mencuri beberapa pakaian dalam wanita yang ditinggalkan di dalam mesin basuh layan diri tersebut.

KREDIT : mediamaklumat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *