(VIDEO) VIRAL Ujian Kehamilan Dengan Menggunakan Ubat Gigi? Biar Betul!!

Ujian kehamilan dengan menggunakan ubat gigi? Anda pasti terkejut dan berkata selama ini tidak pernah terfikir yang ubat gigi itu boleh dijadikan sebagai alat untuk uji kehamilan. Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang ini dan mungkin juga ramai yang tidak percaya, boleh ke? betul ke? Tipulah.

Oleh disebabkan semua barangan dijual di pasaran menjulang tinggi harganya, maka orang ramai mula mencari alternatif lain yang lebih murah. Sekiranya betul boleh uji kehamilan dengan menggunakan ubat gigi, memang baguslah kan? Jimat kos dan masa kerana tidak perlu lagi untuk pergi ke klinik atau hospital.

Tapi, bagaimana cara untuk menggunakannya dan apakah yang harus dilakukan untuk membuat ujian kehamilan dengan guna ubat gigi?

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rakaman video YouTube, di mana seorang individu telah melakukan ujian tersebut iaitu menguji kehamilan dengan menggunakan ubat gigi yang sentiasa ada di rumah.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengambil sampel air kencing dan juga ubat gigi secukupnya. Anda disarankan melakukan ujian ini ketika di waktu pagi.

Melalui video tersebut mengatakan, kononnya hormon HCG yang terdapat dalam air kencing akan bertindak balas dengan ubat gigi. Sekiranya ubat gigi tersebut dilihat berubah warna serta turut menggelembung atau berbusa, ia bermakna seseorang wanita itu kini positif hamil atau mengandung.

Tunggu! Jangan terus percaya. Menurut laporan dari portal The Independent baru-baru ini, Pakar Runding Ginekologi (Sakit puan) Dr Alex Eskander telah menafikan bahawa kaedah tersebut adalah tidak benar dan turut mengatakan bahawa teori berkenaan adalah KARUT.

Sebenarnya, masih lagi belum ada kajian bagi mengesan kehamilan dengan mencampurkan air kencing dengan ubat gigi, katanya menjelaskan tentang penularan video tersebut yang disifatkan sebagai satu penipuan untuk mengelirukan orang ramai.

Jadi, anda dinasihatkan agar terus berhati-hati dengan sebarang berita yang diterima sebelum terus percaya. Pastikan setiap maklumat yang anda dapati itu adalah daripada sumber yang boleh dipercayai.

KREDIT : mediamaklumat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *