‘Nasi, Telur Masin, Ikan Keli dan Semua Separuh, Jaga Badan’ – Tweet Ahmad Maslan Tarik Perhatian Netizen

Media sosial Twitter jadi kecoh tiba-tiba selepas Datuk Ahmad Maslan pada waktu makan tengah hari tadi, beliau memuat naik satu posting bergambar yang memaparkan menu makan tengah harinya di pejabatnya yang menarik perhatian netizen.

“Makan tengah hari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dgn jaga makan.

“Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kepada rakyat dengan berkesan.

“Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk!” tulis Ahmad Maslan di laman Twitter miliknya.

Melalui perkongsian yang dikongsikan, rata-rata netizen turut memberikan berbagai reaksi dan pendapat berkaitan dengan menu tengah harinya itu. Malahan ada yang turut memuji akan rambutnya yang disifatkan sentiasa segak bergaya dan kemas sepanjang masa.

Ada juga yang memuji kehebatan Datuk Ahmad Maslan apabila walaupun dalam kesibukan dengan tugas sempat lagi untuk memuat naik status di Twitter dan yang paling membanggakan katanya adalah kekemasan rambutnya itu yang sentiasa dijaga rapi atau belah tepi.

“Bang Mat sepatutnya layak jadi PM. Pernah merasa perit derita rakyat dengan makan nasi bungkus je. Hidup bang mat.” – @Koyotitos

“Berjiwa rakyat sangat ni. Syukur ada menteri yang memahami denyut nadi rakyat.” – @Ibnu_M77

Dan kami tertarik dengan komen yang diutarakan oleh seorang netizen ini.

Saya sebagai seorang rakyat yang mengagumi datuk. Soalan saya bagaimana datuk membahagikan masa diantara memasak, bermain dengan kucing dan juga mengawasi lebih daripada 700 group Whatsapp?” – @Eggman

Sayangnya, pada ketika ini soalan yang diajukan oleh netizen ini belum lagi dibalas oleh Datuk Ahmad Maslan dan mungkin beliau terus sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Sumber: mediamaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *